'Suara latar' Abdullah Sani buat Dr M 'tergamam'

2279 Views
 
 

Added on Mar 12, 2019

Length: 1.00 | Comments: 0

Sidang media Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan terganggu seketika dengan suara latar dari dewan Parlimen yang sedang berbahas. Ketika itu Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani sedang menanyakan soalan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Dalam pada itu Mahatahir dalam sidang media yang sama berkata langkah pengurangan bilangan penjawat awam masih dalam peringkat penelitian dan kerajaan akan memberikan pilihan kepada pihak terbabit apabila ia dilaksanakan. Antaranya, kata perdana menteri, kakitangan terbabit dibenar berpindahkan ke sektor swasta selaras dengan penswastaan beberapa jabatan kerajaan. Katanya kerajaan akan memastikan kakitangan awam berkenaan tidak kehilangan pekerjaan dan boleh berpindah ke sektor swasta. Kata beliau langkah seumpama itu pernah dilakukan kerajaan terhadap Jabatan Telekom yang kemudian diswastakan menjadi Telekom Malaysia (TM). - Kini tv

Channels: Politik  

Tags: Tun  Mahathir 

SHOW MORE

Video Responses (0) Post Video Response

Be the first to post a video response!

Comments: (0)

Loading...









 
Loading...
loading...