Dr M 'tembak' balik Jho Low

1133 Views
 
 

Added on Jan 11, 2019

Length: 1.00 | Comments: 0

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan ahli perniagaan yang dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bahawa pertuduhan keatasnya adalah bermotif politik. "Dia telah berkata banyak kali bahawa ini bermotif politik. Dia juga bermotif politik untuk mencuri wang," kata Mahathir. Ditanya mengenai usaha untuk mencari Jho Low, Mahathir berkata pihak berkuasa akhirnya akan dapat mengesannya dan membawanya ke muka pengadilan. Baru-baru ini laporan Wall Street Journal (WSJ) mendakwa Jho Low mempunyai peranan dalam membantu urusan dengan China untuk menyelamatkan 1MDB pada 2016 sebagai pertukaran mendapatkan kontrak lumayan. Kemudian dalam satu kenyataan daripada jurucakapnya yang dikeluarkan melalui peguamnya, Low berkata artikel itu "separuh benar" dan menyalahkan pentadbiran Dr Mahathir. Jho Low berkata dakwaan dalam artikel itu tidak berasas dan bermotif politik.

Channels: Politik  

Tags: Tun  Mahathir 

SHOW MORE

Video Responses (0) Post Video Response

Be the first to post a video response!

Comments: (0)

Loading...










 
Loading...
loading...